Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    GigaFarm akan dibina di Dubai Food Tech Valley

    DUBAI, 8 DIS – Food Tech Valley telah menandatangani perjanjian di COP28 dengan ReFarm™ untuk memulakan pembinaan ‘GigaFarm’, satu inovasi teknologi yang akan mengubah dunia, dengan keluasan 900,000 kaki. Ladang inovatif ‘sisa kepada nilai’ ini akan mampu mengitar semula lebih daripada 50,000 tan sisa makanan dan menanam dua bilion tumbuh-tumbuhan setiap tahun.

    ReFarm™ ditubuhkan di UAE oleh SSK Enterprise dan Chirstof Global Impact (CGI) sebagai kumpulan syarikat yang fokus kepada projek berkaitan kitaran dan teknologi bersih. Jenama itu telah memilih teknologi pertanian menegak yang dibangunkan oleh pembekal infrastruktur Intelligent Growth Solutions (IGS) dan bersedia untuk memulakan pembinaan pada pertengahan 2024 di Food Tech Valley Dubai, satu pembangunan induk yang dilancarkan oleh Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan diterajui oleh pemaju hartanah utama Dubai, Wasl. ReFarm™ telah melantik bank utamanya untuk menguruskan sokongan daripada Kewangan Eksport UK di bawah Jabatan Perniagaan dan Perdagangan Kerajaan UK.

    Sebagai perintis di global, enam teknologi pelengkap akan di kolokasi di tapak Dubai Food Tech Valley sebagai sebahagian daripada sistem kitaran tertutup ‘sisa kepada nilai’, membangunkan ekosistem lengkap yang direka bentuk untuk memaksimumkan kecekapan sumber dan mengelakkan daripada sebarang sisa dibuang ke tanah timbus. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...