Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    JBPN Sarawak tunggu penilaian COVID-19 KKM sebelum kemuka SOP

    KUCHING, 8 DIS – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak akan menunggu kata putus serta penilaian situasi COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mengeluarkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani wabak itu ketika musim perayaan dan aktiviti hujung tahun, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas UggahEmbas.

    Beliau yang juga pengerusi JBPN turut menasihati rakyat Sarawak untuk mengambil langkah waspada susulan kes COVID dilaporkan meningkat sejak kebelakangan ini.

    “Memang ada menunjukkan (peningkatan) kes COVID-19, jadi selepas ini kita tunggu keputusan daripada KKM dan sebarang laporan COVID-19 di negeri ini kita laporkan kepada KKM,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak 2023, di sini, hari ini.

    Sementara itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata pasukan APM bersiap siaga sekiranya KKM memerlukan bantuan angkatan berkenaan dalam menangani peningkatan kes COVID-19.

    “Kita difahamkan KKM setakat ini ada keupayaan sendiri untuk pemantauan dan tindakan yang berkaitan dengan COVID. Kita sedang berjaga-jaga, seandainya KKM memerlukan bantuan APM sebagaimana semasa negara dilanda wabak sebelum ini,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...