Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gleneagles JPMC hulur sumbangan $36,000

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Sebagai tanggungjawab sosial korporatnya, Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah menghulurkan sumbangan berjumlah $36,000 kepada tiga badan bukan kerajaan.

    Majlis penyampaian sumbangan telah berlangsung di Dewan Mutiara, Hotel Radisson di ibu negara, hari ini di mana hadir menyerahkan sumbangan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, selaku Pengerusi Gleneagles JPMC.

    Badan-badan yang menerima sumbangan pada majlis itu ialah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) yang diwakili oleh Pemegang Amanah Eksekutif dan Operasi, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin; An-Nur Harapan yang diwakili oleh Pengurus Besar, Dayang Melline binti Haji Jaini dan SMARTER Brunei yang diwakili oleh Presiden, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    Menurut Gleneagles JPMC, sumbangan tersebut lebih daripada sokongan kewangan, ia mencerminkan komitmen yang mendalam terhadap perkongsian dan usaha kolaboratif dengan organisasi berkenaan.

    Gleneagles JPMC percaya tindakan kolektif dan berdedikasi untuk menyumbang kesejahteraan kepada komuniti.

    Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr Peter Tay menjelaskan, “Sumbangan ini mewakili komitmen kami terhadap kerjasama, pembelajaran dan perkongsian pengalaman dengan organisasi-organisasi ini, dan kami teruja untuk melibatkan diri secara aktif dan memahami cabaran yang dihadapi oleh NGO.”

    Sejurus selepas penyerahan sumbangan itu, tetamu kehormat dan tetamu yang lain berpeluang menyaksikan pameran mini daripada badan-badan berkenaan mengenai perkembangan dan pencapaian mereka.

    Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan itu ialah pasukan pengurusan Gleneagles JPMC dan wakil-wakil dari Pusat Ehsan, An-Nur Harapan, dan SMARTER Brunei.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai bersama wakil badan-badan bukan kerajaan yang menerima sumbangan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Pengiran Datin Hajah Noraini mewakili Pusat Ehsan menerima replika cek yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...