Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Goo Hye Sun tidur, makan dalam kereta demi sambung belajar

    Tekad untuk menghabiskan pengajian peringkat universiti, pelakon Goo Hye Sun sanggup meninggalkan dunia glamor untuk memberi fokus selepas lebih 10 tahun mengambil cuti belajar.

    Malah Goo Hye Sun, 40, juga tidak pernah merasa malu untuk kembali ke Universiti Sungkyunkwan meskipun dikelilingi oleh pelajar-pelajar yang jauh lebih muda.

    Bukan itu sahaja, pelakon ini juga sanggup tidur dalam kereta kerana tidak mahu ketinggalan menghadiri kelas pagi di institusi berkenaan.

    “Saya bekerja keras untuk mencari rezeki dan pada 2011 saya mendapat pengajian dalam bidang filem. Selepas 10 tahun cuti saya kembali dan kini sudah hampir empat tahun meneruskan pengajian.

    “Saya tidak mempunyai pengajian tetap dan tempat tinggal, untuk sampai ke universiti mengambil masa tiga atau empat jam memandu.

    “Jadi jika ada peperiksaan atau majlis penting saya akan memandu. Saya tidur di dalam kereta atau di perpustakaan,” katanya.

    Goo Hye Sun berkongsi rutin harian hidupnya itu dalam rancangan Real or Reel yang turut memaparkan dia makan mi segera di dalam kereta sebelum masuk ke kelas.

    Dalam episod berkenaan, Goo Hye Sun juga dilihat sempat membersihkan muka di tandas umum universiti.

    Tambahnya dia mahu menghabiskan pengajian kerana tidak pernah menghampakan harapan ibu bapa yang mahu melihat dirinya menggenggam segulung ijazah.

    “Saya pernah menjadi harapan keluarga, saya juga pernah berdepan kegagalan. Menamatkan pengajian adalah sangat penting buat ibu bapa saya, ini adalah impian mereka.

    “Mungkin dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang saya tidak boleh menerima banyak tawaran kerja kerana mahu menghabiskan pengajian PhD,” jelasnya. – Agensi

    Goo Hye Sun kongsi rutin harian belajar di universiti. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...