Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Klopp teruskan ‘hubungan cinta’ Liverpool menerusi media sosial

    LONDON, 19 MEI – Jurgen Klopp telah menyertai media sosial untuk memastikan ‘hubungan cintanya’ dengan Liverpool tidak berakhir apabila dia meninggalkan kelab ‘luar biasa’ itu selepas perlawanan perpisahan penuh emosi menentang Wolves hari ini.

    Lelaki berusia 56 tahun yang berkarisma itu mempunyai ikatan yang kuat dengan warga ‘Liverpudlian’, yang merangkul keperibadiannya yang penuh semangat.

    Berminat untuk memastikan hubungannya dengan bandar itu bertahan lama, Klopp mendedahkan akaun Instagramnya sendiri kelmarin.

    Akaun itu dipanggil ‘Kloppo’ dan melabelkannya sebagai dirinya sebangai ‘the normal one biasa‘, merujuk kepada nama panggilan ‘the special one’ oleh bekas pengurus Chelsea dan Manchester United, Jose Mourinho.

    Media sosial Klopp memperoleh 376,000 pengikut dalam masa dua jam selepas siaran sulungnya iaitu ucapan video yang biasanya penuh emosi kepada peminat Liverpool.

    “Wahai Liverpudlian yang dihormati, kita semakin hampir ke penghujungnya. Saya akan memanggilnya sebagai ‘hubungan cinta’. Dari hari pertama lagi, ia adalah masa yang benar-benar luar biasa,” kata Klopp.

    “Saya selalu tertanya-tanya bahawa rasanya seperti kita menulis cerita bersama-sama dan itulah yang dirasakan hari ini. Ia adalah buku yang bagus. Dan jika kita membacanya pada masa hadapan, kita akan tersenyum.

    “Meninggalkan tempat yang luar biasa ini sukar, tetapi saya mahu kekal berhubung dengan anda. Dan walaupun saya bukan pengamal media sosial, orang memberitahu saya media sosial boleh membantu. Jadi, mari kita cuba. Jumpa anda!”, katanya lagi.

    Video Klopp memaparkan klip termasuk penumbuk ikoniknya, sambutan trofi dan sindiran sidang akhbar. – AFP

    Aksi Jurgen Klopp meraikan kejayaan pasukannya dalam salah satu perlawanan bola sepak – AFP.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...