Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Google hentikan ratusan pekerjaan pasukan iklan

    SAN FRANCISCO, 17 JAN – Google kelmarin mengesahkan bahawa mereka menghentikan ratusan pekerja daripada pasukan pengiklanan globalnya, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggunakan kecerdasan buatan untuk kecekapan dan kreativiti.

    Pemberhentian kerja kepada kumpulan penjualan pelanggan yang besar mereka bertujuan untuk menghasilkan sokongan yang lebih baik kepada pengiklanan perniagaan kecil dan sederhana di platform Google, menurut gergasi internet itu.

    Google menjangkakan bahawa peningkatan pasukan pengiklanan perniagaan kecil di syarikat akan menghasilkan peningkatkan pengambilan pekerja tahun ini.

    Google tidak menyebut tentang kecerdasan buatan (AI) generatif, yang mengganggu banyak sektor termasuk pengiklanan.

    Minggu lalu, unit pengkomputeran awan Google mengumumkan peralatan AI baharu untuk membantu peruncit “menjadikan pengalaman beli-belah dalam talian lebih peribadi, memodenkan operasi dan mengubah pelancaran teknologi dalam kedai.”

    Google memetik penyelidikan yang menunjukkan bahawa kira-kira 80 peratus peruncit Amerika Syarikat (AS) berpandangan adalah penting untuk menggunakan AI generatif dalam operasi mereka.

    “Dalam tempoh setahun sahaja, AI generatif telah berubah daripada konsep yang hampir tidak dikenali kepada salah satu keupayaan yang bergerak pantas dalam semua teknologi dan bahagian penting dalam banyak agenda peruncit,” kata Naib Presiden Industri Strategik Google Cloud, Carrie Tharp dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...