Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Grid elektrik SESB untuk Sabah, Labuan berdepan defisit bekalan 155MW

    KOTA KINABALU, 17 JAN – Bekalan elektrik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) pada grid Sabah kini me-ngalami defisit sebanyak 155 megawatt (MW) setelah dua syarikat utama pengeluar tenaga bebas (IPP) di negeri itu tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

    Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan SESB, Adrian Mosigil berkata dua IPP terbabit adalah Kimanis Power Sdn Bhd yang membekalkan 95MW dan Ranhill Powertron Sdn Bhd membekalkan 60MW tenaga elektrik.

    Beliau berkata setakat bulan ini, grid elektrik SESB mempunyai kapasiti untuk membekalkan tenaga elektrik sebanyak 1,177.3MW di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Katanya, permintaan tenaga elektrik pada waktu puncak mencecah sehingga 1,090.73 MW dalam sehari.

    “Ketidakmampuan Kimanis Power dan Ranhill membekalkan tenaga dalam tempoh ini menyebabkan SESB kehilangan kapasiti sebanyak 155MW tenaga elektrik sekali gus menyebabkan rizab penjanaan sistem grid elektrik merosot ke paras yang kritikal. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...