KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Memulakan perlumbaan di petak ke-20, pelumba Moto3 Malaysia, Syarifuddin Azman bangkit mempamerkan tunggangan memukau untuk menamatkan saingan Grand Prix (GP) Argentina kelmarin dalam kelompok pungutan mata.
Syarifuddin, yang turut dikenali sebagai Damok, menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 de-ngan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat (s), biarpun terpaksa berdepan dengan keadaan litar basah dan licin di Litar Termas de Rio Hondo itu.
Pelumba MT Helmets-MSI itu meraih lima mata pertamanya selepas dua perlumbaan, setelah bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik pada perlumbaan pertama di GP Portugal hujung minggu sebelum itu. Perlumbaan dimenangi pelumba Jepun, Tatsuki Suzuki (35:18.099s) sementara tempat kedua menjadi milik Diogo Moreira dari Brazil (35:22.670s) dan Andrea Migno dari Itali memperoleh tempat ketiga (35:22.798s). – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P23-4a-web-DAMOK_04042023.jpg)