Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Griezmann akui sukar menyesuaikan diri

    BARCELONA, 1 OKT – Antoine Griezmann berkata dia tahu bahawa ia pasti sukar untuk menyesuaikan diri di Barcelona tetapi ia mungkin terbukti lebih sukar berbanding yang dijangkakannya.

    Griezmann juga perlu membuktikan sesuatu selepas dua bulan yang kurang menarik, hanya menghasilkan beberapa detik cemerlang berbanding konsistensi yang dimahukan jurulatih Ernesto Valverde setelah Barca mengaktifkan klausa beli 120 juta euro musim panas lepas.

    “Dia tidak begitu terlibat seperti yang kami mahukan semasa menentang Athletic Bilbao,” kata Valverde.

    “Tetapi ia juga bergantung kepada pasukan bagi membolehkan para penyerang kami untuk lebih banyak terlibat.”

    Apabila Griezmann menjaringkan dua gol dalam perlawanan seterusnya, iaitu menentang Real Betis di Camp Nou, ia dirasakan bahawa dia bakal membuat impak besar dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.

    Antoine Griezmann ketika beraksi menentang Getafe baru-baru ini. – AFP

    Tetapi lima aksi La Liga sejak itu dia hanya menghasilkan satu gol dan umpanan gol sementara selebihnya hanya aksi hambar, memberikan petanda bahawa pemain itu masih menyesuaikan diri, meskipun bermain cemerlang dalam La Liga dalam tempoh sembilan musim sebelum ini.

    Selepas kemenangan minggu lepas ke atas Villarreal, Griezmann ditanya mengenai permulaannya di Barcelona.

    “Ia berbeza. Gaya bola sepak yang berbeza, posisi berbeza dan saya tahu ia pasti sukar untuk menyesuaikan diri,” katanya.

    “Tetapi saya rasa bahawa saya semakin berkembang dalam setiap perlawanan. Tiga gol, tidak begitu teruk bukan? Saya mampu melakukan lebih baik tetapi saya baru sahaja datang.

    “Saya bekerja keras untuk pasukan dan sekiranya saya boleh menjaringkan gol atau memberikan umpanan gol, itu lebih baik,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda