Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Guardian Brunei secara rasmi telah membuka cawangannya yang ke-25 di negara ini di Pusat Beli-belah Mid Valley, Kampung Sungai Orok, Salambigar, hari ini.
Hadir bagi menyempurnakan perasmiannya selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
Turut hadir semasa majlis berkenaan ialah para perwakilan dari Guardian serta beberapa tetamu undangan.
Bagi memberkati majlis pelancaran tersebut, doa telah dibacakan oleh Haji Mohd Azrol sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua Perniagaan Guardian Brunei, Jennifer Yang dan diikuti dengan majlis pelancaran.
Bersempena dengan pelancaran cawangan terbaharu Guardian tersebut, para pelanggan berpeluang untuk menyertai promosi Shop and Win di mana para pelanggan boleh menebus ganjaran yang mereka perolehi secara langsung ketika mereka membuat pembelian di cawangan baharu itu bermula hari ini.
Guardian dengan slogan The One You Trust merupakan kedai kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terbesar di Brunei dengan 25 cawangan tersedia di seluruh negara.
