Oleh Fadley Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Seorang wanita warga Filipina berusia 33 tahun telah dijatuhi hukuman penjara selama 28 bulan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.
Pertuduhan pertama melibatkan pemilikan lesen memandu palsu, manakala pertuduhan kedua berkaitan dengan tindakan memperdaya seorang wanita untuk membayar bagi mendapatkan lesen palsu.
Pegawai Pendakwa Ruzana Adnan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pada 30 September 2022, Joyce Mina Delos Reyes Desear didapati memiliki lesen memandu Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Brunei yang palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Lesen palsu untuk suaminya, Md Haris bin Abdullah itu telah ditemui oleh pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei semasa pemeriksaan.
Desear mengakui lesen tersebut adalah palsu, namun dia berniat untuk membiarkan suaminya menggunakannya seolah-olah ia sah.
Baca berita selanjutnya dalam akhbar Media Permata keluaran 23 Januari 2025.