Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Guna tisu tandas bantu atasi insiden bunuh diri

    TOKYO, 21 NOV – Pihak berkuasa di tengah Jepun sedang mencuba pendekatan baharu yang luar biasa untuk menangani masalah bunuh diri yang berlarutan di negara itu dengan mencetak mesej sokongan pada tisu tandas.

    “Untuk awda yang mungkin mahu menamatkan riwayat hidup,” merujuk tulisan pada tisu tandas yang digunakan dalam inisiatif baharu untuk mendekati golongan muda yang hendak membunuh diri di negara itu.

    Bunuh diri merupakan masalah lama di Jepun dan seperti kebanyakan tempat, negara itu menyaksikan peningkatan kematian akibat bunuh diri semasa pandemik.

    Jumlah pelajar sekolah rendah, menengah dan tinggi yang mati akibat bunuh diri mencecah rekod baharu 499 pada 2020, menurut Kementerian Kesihatan.

    Pegawai di Yamanashi berpendapat mencetak mesej yang meyakinkan dan nombor hotline pencegahan bunuh diri pada helaian tisu tandas mungkin merupakan cara yang berkesan dan bijak untuk membantu golongan muda yang tertekan.

    Tisu tandas bersama mesej sokongan untuk membantu menangani masalah bunuh diri. – AFP

    “Awda bersendirian di dalam tandas. Kami merasakan pada saat-saat seperti ini awda mungkin lebih cenderung untuk memikirkan kesedihan,” kata pegawai Yamanashi, Kenichi Miyazawa kepada AFP.

    Kempen itu melibatkan 6,000 gulungan yang dicetak dengan mesej dan nombor telefon yang diedarkan kepada 12 universiti serantau bulan lepas.

    Diselang-selikan antara ilustrasi kucing dan wanita memegang payung sambil mendongak ke langit adalah mesej yang direka oleh seorang profesional kesihatan mental yang bertujuan untuk menghilangkan kesunyian.

    “Awda telah menjalani hari yang menyakitkan dengan berpura-pura kelihatan tiada apa-apa demi orang lain.

    “Awda tidak perlu memberitahu kami segala-galanya… tetapi bagaimana dengan berkongsi sedikit sahaja?” menurut bacaan pada satu mesej yang ditulis dengan warna biru di atas tisu putih itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...