Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hael jawab tuduhan wajah jambu

    Pemilihan Hael Husaini, 35, sebagai salah seorang teraju utama drama rantaian, My Famous Ex-Boyfriend konon atas faktor berwajah ‘jambu’, diperkatakan warganet.

    Tidak melatah dengan kelantangan segelintir pihak, Hael yang berjinak-jinak dengan dunia lakonan selepas lebih 14 tahun bergelar penyanyi dan komposer, menganggap pendapat setiap orang tidak sama.

    “Bagi saya, setiap orang bebas memberi pendapat. Tugas saya adalah memenuhi kehendak pengarah.

    “Tetapi, pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang seni memberi kelebihan kepada saya untuk menangani setiap kritikan.

    “Bagi saya, setiap orang ada komen positif dan negatif. Setiap pendapat, sama ada positif mahupun negatif, saya ambil sebagai panduan,” katanya ditemui pada majlis sidang media drama My Famous Ex-Boyfriend arahan Hadith Omar, baru-baru ini.

    Hael menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram bagi menghidupkan watak Haqie dalam drama My Famous Ex-Boyfriend. – mStar

    Hael mengaku terbuka untuk berlakon selepas diminta hadir pertemuan yang diatur syarikat produksi drama berkenaan.

    Pada mulanya, Hael menyangka diminta datang untuk membincangkan projek runut bunyi (OST) drama terbabit, tetapi, tidak menyangka, dia dikehendaki mengikuti sesi uji bakat.

    “Waktu masuk ke bilik ‘casting’, saya terkejut lihat banyak kamera di hadapan. Lalu, saya diminta untuk membaca petikan skrip.

    “Selesai baca, pengarah tepuk tangan dan beritahu, saya adalah calon yang dicari. Dalam keadaan terkejut, saya terima tawaran mereka,” katanya.

    Bagaimanapun, bagi menjayakan watak sebagai Haqie Zuhal, Hael dikehendaki menurunkan berat badan agar tampak kurus kering dan diberi tempoh kira-kira seminggu untuk berbuat demikian. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...