Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hagia Sophia tidak lagi percuma

    ISTANBUL, 16 JAN – Turkiye kelmarin mula mengenakan bayaran yang tinggi kepada pelancong asing untuk melawat monumen terkenal abad keenam Istanbul, Hagia Sophia, yang secara kontroversi diubah menjadi masjid pada 2020.

    Bayaran baharu sebanyak AS$27 bagi setiap orang telah dipaparkan di pintu masuk sisi di mana pelancong asing diarahkan masuk. Pintu masuk utama kini dikhaskan untuk warga Turkiye.

    Tiket itu membolehkan akses ke terowong terbuka di mana pengunjung boleh melawat Hagia Sophia tanpa mengganggu solat.

    Akhbar tempatan membandingkannya dengan ‘pintu masuk garaj’.

    Terkejut dengan peraturan baharu itu, hanya segelintir pengunjung yang membuat bayaran kelmarin.

    “Ia percuma semalam. Pelancong kelihatan terkejut,” akui seorang pegawai yang mengarahkan orang yang lalu lalang.

    Pelawat bukan Islam Turkiye juga akan dikenakan bayaran, walaupun jika mereka ingin berdoa, tambah pegawai itu, yang tidak mahu namanya disiarkan. – AFP

    Pelancong berdiri di luar pintu masuk Masjid Besar Hagia Sophia yang baru dibina, di Istanbul pada 15 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...