Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sekurang-kurang 10 wartawan ditahan di Kyrgyzstan

    BISHKEK, 16 JAN – Kyrgyzstan hari ini telah menahan sekurang-kurangnya 10 wartawan yang dikaitkan dengan empat saluran berita berlainan, hari kedua serbuan yang menyasarkan media bebas di bekas republik Soviet itu.

    Kumpulan hak asasi manusia berkata penahanan itu menunjukkan trend kemerosotan demokrasi yang membimbangkan di Kyrgyzstan, yang dahulunya menikmati lebih banyak kebebasan politik berbanding rakan-rakannya di Asia Tengah.

    Wartawan Bolot Temirov, dengan saluran YouTube, Temirov Live menyiarkan penyiasatan anti-rasuah, berkata polis telah menyerbu beberapa cawangan, termasuk kedainya, hari ini.

    “Semua peralatan kami dibawa pergi dalam dua buah kereta,” tulisnya di media sosial.
    Beliau berkata isterinya, Makhabat, dibawa untuk disoal siasat di Kementerian Dalam Negeri dan dihalang daripada bercakap dengan peguamnya.

    Wartawan yang dikaitkan dengan laman web berita PolitKlinika yang berhaluan barat dan saluran YouTube bebas, Ayt Ayt Dese dan Archa Media turut ditahan, kata media tempatan.

    Kementerian Dalam Negeri berkata ia membuat penahanan selepas menemui bahan yang menggesa ‘rusuhan besar-besaran’ di laman media sosial Ayt Ayt Dese dan Temirov Live, tanpa memberikan butiran lanjut. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...