Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Harga tiket Louvre naik hampir 30 peratus

    PARIS, 16 JAN – Tiket untuk muzium Louvre di Paris meningkat hampir 30 peratus kelmarin kepada AS$24, kenaikan harga terkini di ibu negara Perancis itu menjelang penganjuran Sukan Olimpik.

    Lonjakan daripada AS$19 itu adalah perubahan harga pertama dalam tujuh tahun di muzium yang paling banyak dikunjungi di dunia, yang menerima kira-kira 8.9 juta orang pengunjung tahun lalu.

    Kenaikan itu tidak menghalang puluhan orang beratur di luar pada pagi Isnin yang sejuk untuk melihat khazanah muzium tersebut, yang terkenal dengan lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci.

    Setelah membelanjakan lebih daripada AS$5,000 untuk penerbangan pergi balik dari Australia untuk dirinya dan anak perempuannya, Janelle Manders, 59, berkata tambahan AS$5 itu tidak akan mengubah rancangan mereka.

    “Saya bersedia untuk membayar dua kali ganda harganya,” katanya kepada AFP.

    “Ini adalah peluang yang jarang berlaku bagi kami dan saya tahu ia mahal untuk mengekalkan institusi seperti ini,” tambahnya, sambil menyatakan minatnya untuk melihat arca Yunani purba yang dikenali sebagai Venus de Milo.

    Orang lain kurang yakin.

    “Saya rasa agak mahal untuk tapak kebudayaan,” kata Andrea, 70, seorang pekerja teater Itali.

    Louvre berkata kenaikan itu perlu untuk menampung kos tenaga yang meningkat – bil mereka meningkat 88 peratus antara 2021 dan 2022 – dan rancangan untuk melanjutkan waktu operasi. – AFP

    Pelawat beratur di hadapan Louvre’s Pyramide untuk melawat muzium Louvre di Paris pada 10 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...