Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan mengadu dipaksa ISI

    ISLAMABAD, 27 MAC – Enam Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan menuduh agensi perisikan negara itu menakut-nakutkan dan memaksa mereka berhubung kes-kes ‘yang mempunyai implikasi politik’ dalam surat yang dilihat oleh AFP hari ini.

    Tentera Pakistan – yang mengendalikan agensi perisikan Inter-Services Intelligence (ISI) – telah lama dituduh campur tangan dalam urusan awam, tetapi surat itu merupakan teguran yang jarang berlaku terhadap kuasa mereka yang kebanyakannya tidak dipersoalkan.

    Menjelang pilihan raya Pakistan pada 8 Februari, penganalisis berkata tentera telah mempengaruhi mahkamah untuk menyingkirkan ketua pembangkang, Imran Khan, yang akhirnya dipenjarakan dan dilarang bertanding.

    Sebahagian daripada hampir 200 kes yang dibawa terhadap bekas bintang kriket itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Islamabad, di mana enam hakim menandatangani surat itu kepada badan pemerhati Majlis Kehakiman Tertinggi.

    Surat bertarikh Isnin itu membuat pelbagai tuduhan termasuk pada Mac 2023, ‘tekanan yang besar telah dikenakan’ ke atas hakim ‘oleh pekerja ISI’ berhubung kes yang dihadapi Khan.

    “Bimbang akan keselamatan mereka, mereka meminta perlindungan tambahan untuk rumah mereka,” kata surat itu.

    Ia juga mendakwa abang ipar kepada seorang hakim telah diculik oleh ‘individu yang mendakwa sebagai pekerja ISI’ dan ‘diseksa untuk membuat tuduhan palsu’. – AFP

    Gambar ANN/The Straits Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda