Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harap pemain bebas kecederaan – Tan Cheng Hoe

    MELAKA, 27 Jun – Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe meletakkan harapan tinggi agar semua 25 pemain yang dipilih bagi mengharungi perlawanan persahabatan akan datang bebas daripada masalah kecederaan.

    Pengendali Harimau Malaya itu berkata, ini penting kerana beliau mahu menurunkan barisan terbaik dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang Fiji pada 5 Julai nanti di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

    “Walaupun kita tahu pasukan Fiji dari segi fizikalnya memang mereka kuat, namun kita harap pemain-pemain yang terpilih dapat ambil kesempatan ini sebagai satu ujian untuk kita melihat kekuatan mereka dalam pasukan.

    “Lagipun sudah lama pemain skuad kebangsaan ini tidak bersama-sama dengan pemain antarabangsa, sebab itu kita jadikan perlawanan persahabatan ini sebagai ruang dan platform untuk mereka meningkatkan prestasi semasa,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 antara Melaka United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda