Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari pertama rundingan damai Syria bermula

    GENEVA, 24 Feb – Hari pertama rundingan damai Syria bermula di Geneva hari ini apabila satu pengeboman berani mati mengorbankan 42 orang, menggariskan kerapuhan gencatan senjata di Syria.

    Utusan PBB ke Syria, Staffan de Mistura, yang membawa para delegasi rejim dan pembangkang bersama untuk rundingan damai lewat kelmarin, mengadakan mesyuarat-mesyuarat berasingan bersama mereka untuk memuktamadkan format mesyuarat.

    Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata beliau “menggalakkan orang-orang Syria… duduk bersama dalam satu bilik,” jurucakapnya di New York berkata, meskipun ia kekal tidak jelas sama ada kedua-dua pihak akan sebenarnya mengadakan rundingan bersemuka.

    Ketika tiga pusingan rundingan sebelumnya di Geneva tahun lepas, kedua-dua pihak tidak pernah duduk di meja yang sama, sebaliknya menyerahkan tugas kepada de Mistura sebagai pengantara.

    Staffan de Mistura (kiri) bersalaman bersama perunding pihak pembangkang Syria di Ibu Pejabat PBB di Geneva, Switzerland. – AFP
    Staffan de Mistura (kiri) bersalaman bersama perunding pihak pembangkang Syria di Ibu Pejabat PBB di Geneva, Switzerland. – AFP

    “Sementara mengakui kemajuan itu tidak begitu mudah, (Guterres) amat percaya bahawa hanya penyelesaian politik sahaja boleh membawa keamanan di Syria dan kepada semua orang Syria yang telah memberikan komitmen terhadap matlamat ini perlu meningkatkan usaha mereka untuk keamanan,” tambahnya.

    Namun, meskipun rundingan dua hala bermula hari ini, jumlah kematian dalam pengeboman berani mati berdekatan bandar Syria, Al-Bab meningkat kepada 42 orang, kekejaman terbaru dalam peperangan enam tahun yang telah mengorbankan lebih daripada 310,000 orang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda