Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Hari Terbuka UBD 3 hingga 4 Feb ini

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) mempelawa bakal pelajar bagi mengetahui lebih lanjut mengenai program yang ada, syarat kemasukan dan kehidupan di kampus dengan mengunjungi Ekspo Pendidikan Tinggi 2024 dan Hari Terbuka UBD 2024 pada awal Februari depan.

    Wakil-wakil dari UBD akan berada di Ekspo Pendidikan Tinggi 2024 yang akan diadakan pada 3 dan 4 Februari di Dewan Bridex, Jerudong. UBD juga akan mengadakan hari terbuka pada tarikh yang sama di Perpustakaan UBD di mana ahli-ahli akademik dan kakitangan dari semua fakulti akan dapat menjawab sebarang dan semua pertanyaan bakal pelajar.

    Dalam pada itu, Hari Terbuka Penyelidikan UBD juga akan diadakan se-rentak pada dua hari tersebut. Para gra-duan yang ingin meningkatkan keupayaan akademik dan penyelidikan mereka boleh bercakap dengan pensyarah dan penyelidik untuk mengetahui lebih lanjut. Kedua-dua acara akan menjadi peluang yang sesuai untuk meneroka kampus kerana Perpustakaan UBD terletak di tengah-tengah universiti.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, UBD sebagai sebuah universiti yang komprehensif, menawarkan kepelbagaian dalam bidang sains, pendidikan, pengajian Brunei, sains sosial dan banyak lagi.

    Pelbagai pilihan berkenaan menyediakan pelajar peluang berharga bagi pembelajaran holistik. Dengan menggabungkan modul multidisiplin, UBD memastikan pelajar menerima pendidikan komprehensif yang memupuk set kemahiran yang lengkap dan serba boleh. Pelajar boleh mendapat manfaat yang besar daripada modul berasaskan luas dan pelbagai disiplin yang membolehkan pengalaman pembelajaran holistik.

    Ini termasuk peluang untuk membangun-kan keupayaan keusahawanan di mana pelajar boleh belajar untuk membangunkan idea-idea inovatif menjadi permulaan yang boleh dilaksanakan dan berjaya. Walaupun pelajar tahun tiga boleh memilih untuk mencuba kemahiran mereka di inkubasi semasa Discovery Year, pelajar-pelajar dari mana-mana tahun yang mempunyai idea perniagaan boleh menyertai Venture Lab dan memulakan perjalanan startup mereka lebih awal lagi.

    Dengan tumpuan kepada pengalaman pelajar, UBD percaya bahawa dengan mengutamakan Learners First, golongan pelajar akan berkembang menjadi individu yang berdikari dan berdaya tahan yang mampu melakukan apa sahaja yang difikirkan.

    UBD mempelawa bakal pelajar untuk mengunjungi Ekspo Pendidikan Tinggi 2024 dan Hari Terbuka UBD 2024 pada awal Februari ini. – GAMBAR SERAHAN UBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...