Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau Malaya ingin layak ke Piala Asia

    KUALA LUMPUR, 2 JUN – Selepas membenam Hong Kong kelmarin, pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim mendedahkan bahawa skuad Harimau Malaya amat dahagakan kejayaan dan menyasarkan untuk layak ke Piala Asia 2023.

    Safiq berkata saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula pada minggu hadapan adalah peluang buat barisan pemain Malaysia mencipta sejarah dalam lembaran bola sepak tanah air.

    Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata bahawa peluang layak ke Piala Asia tidak boleh dilepaskan apatah lagi dengan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri apabila kesemua perlawanan pusingan kelayakan melibatkan pasukan Malaysia berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

    “Peluang ini tidak akan datang lagi, saya dan semua rakan sepasukan harus menjalankan tanggungjawab sebagai pemain, kita memang mahukan kejayaan dan mahu layak ke pusingan seterusnya. 

    “Jadi, saya harap semua peminat bola sepak di Malaysia dapat mendoakan pasukan. Pemain ke-12 amat penting untuk pasukan, jadi sokonglah walau di mana pasukan berada, kami sebagai pemain mengharapkan sokongan daripada semua,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda