Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hayes bantu Pistons benam Mavs

    LOS ANGELES, 2 DIS – Jaringan minit-minit akhir Killian Hayes membantu Detroit Pistons menang 131-125 pada masa tambahan menentang Dallas Mavericks kelmarin.

    Hayes menjaringkan tiga mata berturut-turut dalam masa kurang seminit baki perlawanan sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukannya di Arena Little Caesars.

    Hayes, menyumbangkan 22 mata, empat rebounds dan lapan assists, pada mulanya menjaringkan tiga mata dari jarak 27 kaki untuk meletakkan Detroit di depan dengan skor 128-125.

    Pemain berusia 21 tahun itu kemudian sekali lagi menjaringkan tiga mata untuk memberikan kemenangan mutlak kepada Pistons, dan memperbaiki rekod mereka kepada 6-18.

    “Melihat jaringan pertama masuk membuatkan saya rasa teruja. Membuatkan saya mahu menambah jaringan, dan nampaknya kami dapat W (kemenangan). Kami berasa sangat gembira atas kemenangan ini,” katanya.

    “Kami tak mengalah. Masa tambahan, kami bermain dengan sangat gigih, menjaga pertahanan, dan membuat jaringan. Kami layak memenangi kejohanan ini.”

    Dua jaringan tiga mata Hayes datang selepas persembahan mantap daripada Bojan Bogdanovic. – AFP

    Aksi pemain Detroit Pistons, Killian Hayes (kanan), ketika melakukan jaringan tiga mata semasa menentang Dallas Mavericks di Detroit. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...