Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korea Selatan, EU ikrar kerjasama

    SEOUL, 2 DIS – Korea Selatan dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai kesepakatan untuk bekerjasama berhubung undang-undang baharu Amerika Syarikat (AS) yang mengecualikan insentif cukai ke atas kenderaan elektrik yang dipasang di luar Amerika Utara, lapor Yonhap.

    Konsensus itu dicapai di mesyuarat Menteri Perdagangan Korea Selatan, Ahn Duk-geun dan Naib Presiden Eksekutif EU Valdis Dombrovskis di Brussels baru-baru ini, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga kelmarin.

    Akta Pengurangan Inflasi (IRA) yang ditandatangani Presiden AS Joe Biden pada Ogos, memperuntukkan sehingga AS$7,500 dalam bentuk kredit cukai kepada pembeli EV yang dipasang hanya di Amerika Utara.

    Langkah itu mencetuskan kebimbangan bahawa Korea Selatan dan beberapa pembuat kereta Eropah akan kehilangan tempat di pasaran AS kerana mereka membuat EV di kilang domestik untuk dieksport ke AS.

    Semasa mesyuarat itu, Ahn mencadangkan usaha bersama untuk menangani kebimbangan mengenai IRA dan menyelesaikan segera perkara berkenaan.

    Pada Khamis, pegawai EU menerusi Twitter berkata: “kedua-dua pihak membincangkan kebimbangan kami…dan bersetuju untuk menyelaraskan usaha untuk memulihkan keadilan.”

    Media asing melaporkan Biden pada Khamis mengakui bahawa undang-undang itu mungkin akan mewujudkan “gangguan”. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...