Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Hentikan pembakaran terbuka!

    Seperti mana yang kita semua sedia maklum, negara kita sedang dilanda musim panas melampau dan hal ini mendorong kepada kejadian kebakaran hutan yang meluas.

    Namun, masih terdapat segelintir orang yang membuat pembakaran terbuka.

    Baru-baru ini, semasa saya menjemur pakaian di belakang rumah, saya terlihat satu kebakaran yang berpunca daripada sekumpulan orang kampung yang sedang membersihkan kebun mereka, lalu dibakarnya semua sisa tersebut.

    Saya tidak pasti sama ada mereka tidak membaca akhbar bagi mengikuti perkembangan terkini negara kitani, ataupun mereka sebenarnya tidak kisah dengan keadaan yang sedang melanda di sekeliling mereka.

    Pembakaran terbuka bukan sahaja dapat menyumbang kepada masalah jerebu yang sedang kita hadapi, malah ia mungkin boleh merebak dengan cepat jika tidak dikawal dengan baik. Ia juga boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada kita. Selain itu, pembakaran terbuka pada waktu siang boleh menjejaskan rutin menjemur pakaian di luar rumah kerana bau dan debu hasil daripada pembakaran tersebut boleh melekat pada pakaian yang baharu sahaja dibasuh.

    Oleh itu, saya meminta kepada orang ramai yang masih melakukan pembakaran terbuka supaya segera menghentikannya. Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja boleh menyusahkan anggota bomba, malah boleh menjejaskan hubungan yang harmoni antara jiran tetangga.

    Dang Anam

    Gambar Envato Elements

    Kata Kunci

    Popular

    ASEAN

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    Berita Berkaitan

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    NEW DELHI, 21 NOV - Reliance Industries India kelmarin...

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    WASHINGTON, 21 NOV – Seorang hakim persekutuan kelmarin memutuskan...

    Rangkaian penyeludupan artifak curi tumpas, 35 ditahan

    SOFIA, 21 NOV – Pihak penguatkuasa undang-undang di beberapa...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 21 NOV — Sebuah bas penumpang...