Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hermes catat rekod jualan tahunan, keuntungan bersih

    PARIS, 9 FEB – Syarikat gergasi barangan mewah Perancis, Hermes, mencatatkan rekod jualan tahunan dan keuntungan bersih hari ini, dengan rancangan untuk memberi ganjaran kepada semua pekerja di seluruh dunia dengan bonus berikutan pertumbuhan kukuh di setiap rantau pada 2023.

    Kumpulan itu melaporkan keuntungan sebanyak 4.3 bilion euro (AS$4.6 bilion), meningkat 28 peratus daripada 2022, pada jualan yang melonjak 16 peratus pada kadar pertukaran semasa kepada 13.4 bilion euro.

    “Pada 2023, Hermes sekali lagi memupuk keunikannya dan mencapai prestasi cemerlang dalam semua perniagaan dan di semua wilayah,” kata Pengerusi Eksekutif, Axel Dumas dalam kenyataan pendapatan.

    Kumpulan itu berkata semua pekerja di seluruh dunia akan mendapat bonus 4,000 euro awal tahun ini sebagai sebahagian daripada ‘dasarnya untuk berkongsi hasil pertumbuhan dengan semua orang yang menyumbang kepadanya setiap hari’.

    Hermes berkata jualan meningkat sebanyak 14.5 peratus di Jepun dan 12.9 peratus di seluruh rantau Asia Pasifik, dengan kumpulan itu membuka kedai ke-33 di China, pasaran utama untuk jenama mewah.

    Jepun dan Asia Pasifik bersama-sama merupakan pasaran terbesar bagi Hermes, dengan jumlah jualan sebanyak 7.5 bilion euro.

    Jualan meningkat 19 peratus kepada tiga bilion euro di Eropah dan 17.1 peratus kepada 2.5 bilion euro di Amerika.

    Dalam prospeknya untuk 2024, syarikat itu berkata, “Dalam jangka sederhana, walaupun ketidaktentuan ekonomi, geopolitik dan monetari di seluruh dunia, kumpulan itu mengesahkan matlamat bercita-cita tinggi untuk pertumbuhan hasil pada kadar pertukaran tetap.”

    Syarikat itu berkata ia akan mencadangkan untuk meningkatkan dividen kepada 15 euro sesaham, meningkat daripada 13 euro pada 2022, pada mesyuarat agungnya yang akan datang pada bulan April.

    “Di samping itu, dividen luar biasa sebanyak 10 euro sesaham akan dicadangkan kepada Mesyuarat Agung,” tambahnya.

    “Ia menunjukkan keyakinan untuk tahun yang akan datang”, kata Dumas.- AFP

    Gambar yang diambil pada 20 Disember 2017 menunjukkan logo syarikat jenama fesyen dan barangan mewah Perancis, Hermes di Paris. Syarikat gergasi barangan mewah Perancis itu mencatatkan rekod jualan tahunan dan keuntungan bersih, kelmarin.- AFP

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...