Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hina Balotelli, Bastia dihukum

    PARIS, 24 Feb – Kelab Ligue 1 Perancis Bastia dihukum berikutan kesalahan perkauman yang disasarkan terhadap penyerang Nice, Mario Balotelli ketika kedua-duanya berentap, bulan lalu.

    Suruhanjaya disiplin liga Perancis memotong satu mata Bastia, penggantungan dan mengarahkan kelab itu untuk menutup kawasan tempat duduk di bahagian timur stadium mereka bagi tiga perlawanan di laman sendiri.

    Ia susulan tindakan sebahagian penyokong kelab itu yang membuat bunyi seperti monyet ketika aksi bertemu Nice sebelum ini yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

    “Jadi adakah perkauman bukan satu kesalahan di Perancis? Atau hanya di Bastia? Bola sepak sukan yang menakjubkan.

    Mario Balotelli (dua kanan) menanduk bola semasa menentang Lorient untuk aksi L1 di stadium Moustoir, Lorient pada 18 Februari lalu. – AFP
    Mario Balotelli (dua kanan) menanduk bola semasa menentang Lorient untuk aksi L1 di stadium Moustoir, Lorient pada 18 Februari lalu. – AFP

    “Orang seperti penyokong Bastian menjadikannya sesuatu yang dahsyat! Amat memalukan,” kata Balotelli dalam laman sosial Instagram miliknya selepas aksi 21 Januari lalu di Corsica.

    Bastia pada mulanya berkata mereka ‘terkejut’ dengan dakwaan pemain dari Itali itu sebelum mengakui beberapa peminat mereka melakukan serangan perkauman terhadap penyerang itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda