Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Honda tarik balik lebih 750,000 kenderaan

    DETROIT, 7 FEB – Honda menarik balik lebih tiga perempat daripada satu juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS) disebabkan sensor yang rosak boleh menyebabkan beg udara penumpang hadapan mengembung apabila ia tidak sepatutnya berlaku dalam kemalangan.

    Penarikan balik itu meliputi model Honda Pilot, Accord, sedan Civic, HR-V dan Odyssey tertentu dari tahun 2020 hingga 2022, serta 2020 Fit dan Civic Coupe.

    Turut disenaraikan ialah Civic hatchback 2021 dan 2022, Civic Type R and Insight 2021, dan CR-V, CR-V Hybrid, Passport, Ridgeline dan Accord Hybrid 2020 dan 2021.

    Model yang terjejas daripada jenama mewah Acura termasuk MDX 2020 dan 2022, RDX 2020 hingga 2022 dan TLX 2020 dan 2021.

    Dokumen yang disiarkan semalam oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh raya Kebangsaan AS mengatakan sensor berat di tempat duduk penumpang hadapan mungkin retak dan menyebabkan litar pintas, seterusnya gagal menutup beg udara seperti yang dihasratkan.

    Sensor diperlukan untuk menutup beg udara jika kanak-kanak atau orang dewasa kecil berada di tempat duduk. Sekiranya ia tidak berlaku, ia meningkatkan risiko kecederaan.

    Peniaga akan menggantikan sensor tempat duduk tanpa kos kepada pemilik. Pemilik akan dimaklumkan mulai 18 Mac.

    Honda berkata dalam dokumen bahawa ia mempunyai 3,834 tuntutan waranti tetapi tiada laporan kecederaan atau kematian akibat masalah itu antara 30 Jun 2020 dan 19 Januari tahun ini. – AP

    Gambar fail menunjukkan logo syarikat Honda kelihatan di luar sebuah kedai Honda di Highlands Ranch, Colorado. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...