Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Lebih daripada 70 orang kanak-kanak Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), berserta penjaga mereka dan guru-guru pusat berkenaan telah diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Mulia di Dewan Caesar, hotel berkenaan, hari ini.
Hadir bagi mengalu-alukan para jemputan ialah Pengurus Besar Hotel Mulia, Jake Goh; Pengurus Pemasaran, Brandon Tay; Pengurus Operasi, Molly Bong; dan ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff dan Audrey Choo Wah.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan penyampaian derma oleh Brandon Tay dan penyampaian cenderahati oleh Molly Bong.
Sehubungan itu, kakitangan dan warga Hotel Mulia berbesar hati kerana dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak istimewa tersebut pada bulan suci ini agar mereka turut tidak berasa ketinggalan dalam meraikan Hari Raya nanti.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P4-3C_04042023.jpg)