Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    HSBC rekod pendapatan AS$36.9 bilion

    HONG KONG, 1 OGOS – Syarikat perbankan terkemuka, HSBC, melaporkan bahawa keuntungan sebelum cukai meningkat melebihi dua kali ganda kepada AS$21.7 bilion dalam separuh pertama tahun 2023, dirangsang oleh kenaikan kadar faedah.

    Lonjakan besar-besaran ini berbanding AS$8.8 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu berlaku di tengah tindakan bank pusat di seluruh dunia yang meningkatkan kos pinjaman untuk melawan inflasi, membantu meningkatkan pendapatan pemberi pinjaman.

    HSBC berkata, pendapatan AS$12.3 bilion melonjak kepada AS$36.9 bilion.

    “Kami telah mencatatkan prestasi separuh pertama yang kukuh dan yakin dapat mencapai matlamat pulangan ekuiti tunai pertengahan tahun yang telah kami semak semula pada tahun 2023 dan 2024,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Noel Quinn, dalam satu kenyataan.

    Noel Quinn menambah, “Terdapat penghasilan keuntungan yang luas di seluruh dunia, pendapatan yang lebih tinggi dalam perniagaan global kami yang didorong oleh pendapatan faedah bersih yang kukuh dan kawalan kos yang berterusan.”

    Syarikat itu juga mengumumkan bahawa keuntungan suku kedua melebihi jangkaan, melonjak hampir 90 peratus menjadi $8.8 bilion, disebabkan pendapatan yang mencanak akibat kenaikan kadar faedah. – AFP

    Orang ramai melintasi bangunan HSBC, bank cawangan tempatan di Hong Kong. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda