Wednesday, September 11, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan istimewa Malaysia, Brunei perlu dipelihara

    KUALA LUMPUR, 12 OGOS – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara.

    Menurut Kementerian Luar di platform X, Mohamad dalam ucapannya semasa majlis makan malam memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei di Bandar Seri Begawan malam kelmarin, turut menggalakkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

    Mohamad dan Menteri Luar Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Pehin Yusof, merupakan tetamu kehormat pada majlis makan malam itu, katanya.

    Majlis itu turut dihadiri pembesar Brunei, pegawai kanan Kerajaan Brunei, dan Ketua Perwakilan Asing.

    Mohamad kini dalam lawatan kerja selama dua hari ke Brunei untuk menghadiri Mesyuarat Ke-25 Pelaksanaan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei (EOL-25). – Bernama 

    Mohamad Hasan berucap pada Persidangan Dewan Negara sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen pada 29 Julai. Hubungan Malaysia dan Brunei harus dipelihara menurutnya. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda