Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Rossa, Afgan amat akrab

    Umum mengetahui penyanyi Rossa dan Afgan mempunyai hubungan yang sangat rapat sehingga timbul gosip mengatakan mereka bercinta.

    Bagaimanapun kedua-duanya pernah menafikan dakwaan tersebut.

    Malah keserasian dan aksi romantik pasangan itu setiap kali membuat persembahan di atas pentas juga menjadi perhatian peminat.

    Namun menurut Rossa, keserasian antara mereka wujud secara semula jadi dan turut mengakui dia berasa malu saat Afgan memandang terus ke matanya ketika menyanyi bersama di pentas.

    “Sejujurnya kami memang rapat dan keserasian antara kami tidak dibuat-buat. Tapi saya sebenarnya akan berasa malu apabila Afgan melihat terus ke mata saya ketika menyanyi,” akui Rossa.

    Pasangan itu bakal mengadakan konsert secara maya berjudul Afgan Rossa The Concert 2021 yang akan bersiaran pada 27 Mac depan. – Agensi

    Rossa dan Afgan mempunyai hubungan amat rapat sehingga timbul gosip mengatakan mereka bercinta. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda