Tuesday, November 26, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat jejaskan perkhidmatan Shinkansen, 139,000 penumpang

    TOKYO, 3 NOV – Sebanyak 88 perkhidmatan kereta api laju Sanyo Shinkansen dibatalkan manakala 229 perkhidmatan ditangguhkan sehingga enam jam, menjejaskan kira-kira 139,300 penumpang kelmarin, lapor Agensi Berita Kyodo memetik pengendali JR West.

    JR West pada Ahad menyatakan bahawa hujan di beberapa bahagian mencapai tahap maksimum untuk operasi selamat antara Shin-Osaka dan Hakata di barat Jepun pada pagi hari sebelumnya, namun perkhidmatan disambung semula selepas pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan.

    Hujan lebat menjejaskan semua perkhidmatan shinkansen antara Hakata dan Tokyo, kelmarin, dengan agensi cuaca menggesa orang ramai berwaspada susulan hujan dijangka berterusan sepanjang cuti hujung minggu tiga hari itu.

    Agensi Meteorologi Jepun berkata cuaca dijangka bertambah baik hari ini, namun masih memberi amaran risiko limpahan sungai dan tanah runtuh. – Bernama

    Hujan lebat menjejaskan semua perkhidmatan shinkansen antara Hakata dan Tokyo, pada 2 November. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda