KUALA LUMPUR, 4 FEB – Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia)
MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pada jam 5:45 pagi ini memaklumkan daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Selain itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah pula melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat. – Bernama