Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    JBBSB hulur sumbangan untuk anak-anak yatim

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Sebagai keprihatinan terhadap kebajikan murid-murid sekolah di daerah ini, warga kerja Zon D di Bahagian Pengurusan Bandar, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB), baru-baru ini, telah menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah (SRRIF) di ibu negara.
     
    Majlis penyampaian sumbangan tersebut berlangsung di sekolah berkenaan dan telah disempurnakan oleh Ketua Unit Pengurusan Bandar, BSB, Pengiran Azizulzabbar bin Pengiran Haji Aliuddin kepada Guru Besar SRRIF, Josephine Tan Yen Nee.
     
    Turut hadir ialah Guru Kanan SRRIF, Pengiran Zainuddin bin Pengiran Haji Ghani.
     
    Sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang tunai berkenaan adalah bagi keperluan perbelanjaan anak-anak yatim dan murid yang memerlukan di sekolah tersebut.
     
    Antara lain tujuan sumbangan adalah sebagai kesinambungan daripada Projek Jalinan Kasih Kembali ke Sekolah yang telah diadakan pada 2023 di mana sumbangan diberikan kepada Sekolah Rendah Pintu Malim.
     
    Sumbangan kali ini juga diberikan kepada sekolah rendah yang terletak di bawah kawasan kawalan Zon D, Bahagian Pengurusan Bandar dan dengan adanya sumbangan berkenaan, ia akan dapat sedikit sebanyak membantu golongan anak-anak yatim dan murid-murid yang memerlukan.
     
    Selain itu, ia juga dapat mengeratkan silaturahim dengan pihak sekolah dan seterusnya mengetahui serba sedikit keperluan dan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dari aspek kemudahan awam yang terletak di luar kawasan sekolah berkenaan.
     
    Pengiran Azizulzabbar menyerahkan sumbangan daripada warga kerja Zon D, Bahagian Pengurusan Bandar kepada Guru Besar SRRIF. – GAMBAR SERAHAN JBBSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...