Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hulur bantuan kepada yang memerlukan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan WeCare

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Bagi sama-sama berbagi rezeki dengan golongan yang memerlukan, seramai 30 sukarelawan telah mengungkayahkan Projek Bruneians for Bruneians (B4B): School Supply Drive yang dikelolakan oleh Persatuan Kami Prihatin (WeCare), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh persatuan itu, hari ini, projek berkenaan merupakan fasa kelima bagi program B4B yang mula dilancarkan pada April 2020.

    Objektifnya adalah untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan, di samping itu juga untuk menyebarkan kesedaran dan harapan bahawa kerja-kerja kemanusiaan masih wujud.

    Menerusi projek yang menumpukan kepada kempen bekalan sekolah pada kali ini, proses bermula daripada pembelian barangan, pembungkusan dan mengedar barang-barang keperluan asasi, termasuk baucar daripada Syarikat Samima Sdn Bhd.

    Ia bermatlamat bagi meringankan beban golongan keluarga yang terpilih dengan keperluan barang-barang sekolah anak-anak mereka menjelang tahun persekolahan baharu 2023.

    Sebanyak 20 buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara telah dipilih untuk menerima sumbangan bantuan tersebut.

    Projek berkenaan telah berjaya mengumpulkan sebanyak $6,600 termasuk tajaan daripada Lotus Light Charity Society.

    Antara sukarelawan Persatuan WeCare semasa membuat pembelian barangan.
    Antara keluarga yang menerima sumbangan projek berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...