Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Anwar umum pelantikan 27 timbalan menteri

    KUALA LUMPUR, 9 DIS – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri.

    Anwar berkata senarai nama itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

    “Istiadat angkat sumpah akan dijalankan di Istana Negara pada 3 petang esok,” katanya.

    Pengumuman itu, yang dibuat di Putrajaya pada 8:15 malam, disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial.

    Pada Jumaat lepas, Anwar mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri dan 28 anggota Jemaah Menteri bagi Kerajaan Perpaduan.

    Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai pembentukan barisan Timbalan Menteri pada sidang media di Bangunan Perdana Putera, kelmarin. – Bernama

    Terdahulu pada sebelah petang, Anwar mempersembah senarai nama timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

    Anwar, yang juga Menteri Kewangan, antara lain mengumumkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Steven Sim dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

    Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching dilantik sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

    Turut menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan ialah Datuk Hasbi Habibollah selaku Timbalan Menteri Pengangkutan, Chan Foong Hin sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri Ekonomi dan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad selaku Timbalan Menteri Kerja Raya.

    Selain itu, Pengarah Strategi PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari sebagai Timbalan Menteri Pertahanan manakala Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

    Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong pula diumum sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,  Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamad Yusof Apdal sebagai Timbalan Menteri “Pendidikan Tinggi manakala Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup selaku Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...