Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hummels kembali beraksi

    VATUTINKI, Rusia, 25 Jun – Mats Hummels cergas untuk kembali bersama skuad Jerman pada pertembungan Piala Dunia menentang Korea Selatan Rabu ini, manakala pemain tengah Sebastian Rudy bakal terlepas akibat kecederaan yang dialaminya.

    Rudy kelmarin menjalani pembedahan kecil selepas berlaku kecederaan di bahagian hidungnya dalam kemenangan minit terakhir 2-1 menentang Sweden, sekali gus memberi harapan baharu kepada Jerman.

    Hummels kembali ke pusat latihan untuk menjalani latihan selepas kecederaan leher yang menghalangnya daripada mengecapi kemenangan ke atas Sweden dan dijangka menghadapi skuad Taeguk Warrior Korea Selatan di Kazan.

    “Sebastian telah menjalani pembedahan dan kami sedang mempertimbangkan sama ada dia akan memakai topeng, tetapi kami menganggap dia tidak akan bermain,” kata penolong jurulatih Jerman, Marcus Sorg hari ini. Jerman yang tewas perlawanan pembukaan mereka kepada Mexico, perlu menewaskan Korea Selatan dengan margin dua gol. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda