Friday, November 29, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hungary sokong Pelan Autonomi Maghribi untuk selesaikan isu Sahara

    RABAT, 28 NOV – Hungary telah menyatakan sokongannya terhadap usaha Maghribi menyelesaikan isu Sahara Maghribi, menyifatkan Pelan Autonomi sebagai ‘asas paling boleh dipercayai untuk menyelesaikan pertikaian itu, lapor Agence Marocaine De Presse (MAP).

    Menurut MAP, pendirian itu telah dinyatakan oleh Hungary dalam Kenyataan Bersama yang ditandatangani berikutan pertemuan antara Menteri Hal Ehwal Luar, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi, Nasser Bourita dan rakan sejawatannya dari Hungary, Peter Szijjarto di Rabat semalam.

    Kedua-dua menteri menegaskan semula sokongan mereka terhadap proses politik yang diketuai PBB dan usaha Setiausaha Agung PBB untuk mencari penyelesaian kepada isu Sahara Maghribi, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan.

    Kenyataan itu menekankan peranan positif dan konstruktif yang dimainkan oleh Maghribi dan Hungary dalam mengekalkan kestabilan, keselamatan dan keamanan di rantau masing-masing.

    Kedua-dua negara juga mengulangi komitmen mereka untuk menyelesaikan konflik secara aman dan menghormati integriti wilayah dan kedaulatan negara. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda