Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Musabaqah separuh akhir bermula 13 Februari

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula 13 Februari ini di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Pertandingan Kategori B dan Kategori C akan diadakan pada 13 Februari; Kategori D dan Kategori E pada 14 Februari dan diikuti dengan Kategori A pada 15 Februari.

    Sehubungan itu, para peserta yang terlibat hendaklah hadir lebih awal pada hari, tarikh dan waktu yang ditetapkan mengikut kategori masing-masing.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi terus Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 atau 2233364.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...