Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hwang dilantik jurulatih sementara Korea Selatan

    SEOUL, 28 FEB – Korea Selatan telah melantik Hwang Sun-hong sebagai jurulatih sementara untuk menggantikan Jurgen Klinsmann, yang dipecat selepas mereka tersingkir di separuh akhir Piala Asia dan pendedahan tentang pergaduhan antara pemain bintang.

    Jurulatih pasukan bawah 23 tahun (B-23), Hwang, yang memimpin Korea Selatan meraih emas pada Sukan Asia tahun lalu di Hangzhou, akan mengambil alih kendalian bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia di laman sendiri dan tempat lawan menentang Thailand bulan depan.

    Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) berkata ia berharap untuk mendapatkan jurulatih sepenuh masa baharu sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia mereka menentang Singapura dan China pada Jun.

    Klinsmann telah dipecat awal bulan ini berikutan kekalahan Korea Selatan kepada Jordan 2-0 pada Piala Asia di Qatar.

    KFA berkata jurulatih Jerman itu, yang merupakan pemenang Piala Dunia sebagai pemain, ‘gagal mempamerkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan yang diharapkan daripada seorang ketua jurulatih kebangsaan’.

    Pendedahan timbul mengenai pergaduhan antara pemain pada malam sebelum perlawanan Jordan yang menyebabkan Son Heung-min cedera di jari.

    Hwang akan menggabungkan tugasnya sebagai jurulatih B-23 dan akan membawa Korea Selatan ke Piala Asia B-23 di Qatar pada April, di mana slot di Sukan Olimpik Paris akan menjadi rebutan.

    Jurulatih berusia 55 tahun itu adalah bekas penyerang Korea Selatan yang beraksi dalam tiga Piala Dunia. – AFP

    Hwang bercakap di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan pada 8 Oktober 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...