Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Liverpool perlukan ‘keajaiban’

    LONDON, 28 FEB – Jurgen Klopp mendakwa Liverpool memerlukan ‘keajaiban’ untuk mengharapkan pemain-pemain mereka yang cedera kembali pulih tepat pada masanya bagi meningkatkan usaha memburu empat gelaran mereka.

    Pasukan Klopp berjaya memenangi Piala Liga 1-0 menentang Chelsea pada perlawanan akhir Ahad di Wembley walaupun menghadapi banyak masalah kecederaan dalam kalangan pemain mereka.

    Tetapi pemain tengah Liverpool, Ryan Gravenberch menambah krisis kecergasan kelab yang semakin genting itu apabila dia diusung keluar pada separuh masa pertama.

    Gravenberch akan terlepas sekurang-kurangnya dua perlawanan, bermula dengan perlawanan pusingan kelima Piala FA hari ini menentang Southampton di Anfield.

    Wataru Endo juga diragui untuk kunjungan pemburu promosi kejuaraan, Southampton selepas dia meninggalkan Wembley dengan tongkat dan memakai but pelindung.

    Gravenberch dibawa keluar selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan antara Chelsea dan Liverpool di Stadium Wembley di London baru-baru ini. – AP

    Ia meninggalkan Klopp tanpa 13 pemain pasukan utama, termasuk Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Dominik Szoboszlai, ketika The Reds cuba menambah Liga Perdana, Piala FA dan Liga Europa kepada trofi hujung minggu lalu.

    “Kami memerlukan keajaiban dengan beberapa pemain. Saya tidak mahu mengetepikan mereka terlalu lama,” kata Klopp kepada wartawan kelmarin.

    “Tetapi kami tidak pasti sama ada para pemain ini sempat pulih untuk perlawanan akhir: Darwin, Mo, Dom – kita perlu melihat apa yang boleh dilakukan mereka pada Selasa.

    “Dalam dunia yang ideal, awda akan berfikir tentang perkara-perkara seperti ini tetapi kami jelas tidak hidup dalam dunia yang ideal jadi kami akan memeriksa keupayaan para pemain apabila mereka tiba.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...