Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ibrahimovic lanjut kontrak bersama AC Milan

    MILAN, 19 JULAI – Zlatan Ibrahimovic akan kekal di AC Milan sekurang-kurangnya setahun lagi selepas penyerang veteran itu menandatangani kontrak lanjutan setahun bersama juara Itali itu kelmarin.

    “AC Milan ingin mengumumkan pelanjutan kontrak Zlatan Ibrahimovic sehingga 30 Jun 2023. Penyerang Sweden itu akan terus menyarung jersi nombor 11,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

    Ibrahimovic, akan menyambut ulang tahun ke-41 tahun Oktober nanti, telah menandatangani perjanjian bernilai sekitar AS$1.02 juta, dengan bonus berdasarkan jumlah penampilan dan pencapaian.

    Pemain Sweden itu juga tidak dapat beraksi sehingga sekurang-kurangnya awal tahun hadapan selepas ligamen anterior cruciate di lutut kirinya masih menjalani proses pemulihan sejak Mei lalu.

    Bekas penyerang Inter Milan, Paris Saint-Germain dan Manchester United itu berkata pada Mei bahawa dia mengalami kesukaran tidur malam selama enam bulan akibat sakit lutut. Pada masa sama, dia juga bertekad untuk memenuhi janjinya kepada AC Milan bagi memberikan gelaran Serie A pertama mereka dalam 11 tahun.

    Ibra turut terlepas menyertai Euro 2020 selepas pembedahan pada lutut kirinya tahun lalu sebelum masalah tendon Achilles yang menyebabkan dia kehilangan posisi barisan pemain utama untuk Milan.

    Ibrahimovic kembali ke Milan pada Januari 2020 iaitu lapan tahun selepas pergi dan kedatangannya memulakan kebangkitan bersama pasukan Stefano Pioli ke puncak permainan Itali. – AFP

    Zlatan Ibrahimovic akan kekal di AC Milan selepas menandatangani kontrak baharu setahun bersama juara Itali itu kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...