Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Ibu-ibu indie’ berhijab gegarkan industri muzik Indonesia

    JAKARTA – Di festival yang sesak di tengah Jakarta, penyanyi berusia 60an yang berhijab, Rien Djamain, membawakan lagu berirama rancak tentang kemusnahan oleh senjata nuklear yang dinyanyikan di hadapan ribuan penonton, kebanyakannya terdiri daripada para pemuda pemudi Indonesia.

    Di sebalik vokalis utama kumpulan wanita Nasida Ria itu adalah ahli-ahli pemuzik lain yang memakai gaun berlabuci perak dan hitam, mendukung suara lembutnya dengan bongo, biola, mandolin, seruling buluh dan rebana.

    “Wahai pencipta yang terkutuk bom nuklear, mengapa kamu mengundang kebinasaan dan bencana?” nyanyinya dalam lagu Bom Nuklir.

    Para penonton muda berayun dari sisi ke sisi selama lagu yang dimainkan itu, melaungkan kalimat “ibu!” pada anggota band yang mereka sukai.

    Dahulu, muzik dangdut dianggap kurang memuaskan dan dianggap ketinggalan zaman dalam kalangan masyarakat kosmopolitan.

    Gabungan muzik dangdut Arab dan tradisional Indonesia yang dimainkan Nasida Ria di hadapan ribuan penonton muda Indonesia. – AFP
    Para penonton menyaksikan persembahan Nasida Ria di festival Jakarta menerusi skrin besar. – AFP
    Makhi, ahli kumpulan Nasida Ria yang berhijab, membuat persembahan di sebuah festival di Jakarta. – AFP
    Kumpulan Nasida Ria yang semua terdiri daripada wanita mendendangkan muzik Indonesia dengan lagu-lagu pop Islamik bertemakan bukan konvensional. – AFP
    Kumpulan Nasida Ria membuat persembahan di atas pentas di sebuah festival di Jakarta pada 6 Januari 2023. – AFP

    Namun, kini kumpulan muzik Nashida Ria yang ditubuhkan 47 tahun lalu sebagai kumpulan Qariah Al-Quran itu telah berkembang menjadi sebuah kumpulan dengan 12 orang ahli yang menggabungkan muzik Arab dan musik dangdut tradisional Indonesia.

    Dengan lagu-lagu pop Islam yang lucu yang mengisahkan tema-tema serius seperti keadilan dan hak asasi manusia, kumpulan itu telah menarik perhatian peminat muzik yang obses dengan media sosial yang mencari sesuatu yang ringan dalam senarai lagu pilihan mereka.

    Bait-bait lirik dalam lagu mereka menggambarkan bahawa para pemuja wanita adalah umpama ‘kelawar yang menyebarkan fitnah’ atau menggambarkan bagaimana ‘monyet suka membawa senjata, manusia suka menayangkan tubuh’.

    Ini menggambarkan bahawa para pemuja wanita adalah orang-orang yang tidak bermo-ral dan manusia lebih terbuka tentang keinginan mereka.

    Fathul Amin, 23 tahun, berkata beliau berpendapat kumpulan itu ‘lebih daripada sekadar hebat, kenapa? Kerana semua ahli kumpulannya adalah wanita yang boleh memainkan lebih daripada tiga alat muzik,” katanya.

    Imej ekspresif lirik lagu Nasida Ria yang telah dikongsi secara meluas sebagai meme telah mengeratkan hubungan antara band tersebut dan generasi muda.

    “Itulah cara generasi muda berkomunikasi sekarang, dan itu tidak menjadi masalah.

    Yang lebih penting, ia menunjukkan bahawa mesej melalui lagu-lagu kami diterima dengan baik,” kata Djamain kepada AFP.

    “Saya sangat berterima kasih kerana walaupun kebanyakan ahli kami sudah berusia lanjut, Nasida Ria masih dicintai oleh generasi muda.

    “Muzik kami masih disukai oleh mereka,” katanya.

    Muzik di Indonesia sedang berubah, kata pakar, dengan pendengar menambah gabungan genre yang termasuk suara tradisional seperti dangdut dengan lirik Jawa atau reggae-pop yang dinyanyikan dalam dialek timur Indonesia kepada barat kegemaran mereka.

    Trend tersebut telah menjadikan Nasida Ria lebih relevan daripada sebelumnya, menurut wartawan muzik Shindu Alpito.

    “Generasi muda lebih meminati muzik yang berunsur komedi berbanding muzik yang hanya mempunyai estetika muzik. Ini menjadikan kumpulan muzik Nasida Ria lebih relevan di mata generasi muda,” katanya kepada AFP.

    Muzik dangdut semakin popular, dengan penyanyi membuat persembahan di festival di seluruh Indonesia, menyanyikan lagu untuk penonton muda bersama kumpulan rok, serta mempersembahkan lagu di kampung kecil untuk pendengar setia.

    “Kini ramai anak muda di Jakarta menggemari muzik tempatan semula. Mereka menganggap muzik ini sebagai sesuatu yang membuatkan mereka berasa bersalah tetapi mereka masih menikmatinya,” kata Alpito.

    “Lagu-lagu Islam biasanya serius, dengan lirik teliti memerikan ajaran Islam.

    “Namun, Nasida Ria telah menarik hati masyarakat lebih luas melalui gaya bahasa yang mudah dipahami dan lucu.”

    Kumpulan itu berhasil memanfaatkan permintaan hiburan semasa pandemik COVID-19, di mana tempat-tempat konsert ditutup dan para penduduk berada di dalam rumah.

    Anggota Nasida Ria paling muda, Nazla Zain berusia 27 tahun, menyatakan bahawa keberhasilan mereka disebabkan oleh teknologi moden yang memungkinkan individu dari pelbagai latar belakang dpaat menikmati muzik mereka.

    “Kami mengikuti trend dengan menggunakan YouTube dan aplikasi muzik lain,” katanya.
    “Kini ramai dalam kalangan remaja dengan telefon bimbit boleh mendengar lagu-lagu kami. Itulah antara sebab mereka meminati kami,” jelasnya.

    Mereka melihat bilangan pelanggan YouTube mereka meningkat enam kali ganda sejak Mac 2020 hingga hampir 500,000.

    Mereka juga mempunyai hampir 50,000 pemuzik setiap bulan di platform penstriman Spotify dan 38,000 pengikut dalam Instagram.

    “Mereka sangat hebat kerana masih beraksi pada usia emas,” kata Ricky Prasetyo, 32 tahun, penggemar metal dan punk.

    “Jadi, tidak menghairankanlah jika ramai orang menggelar mereka sebagai ibu indie,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda