Thursday, June 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    ICJ akan putuskan permohonan gencatan senjata Gaza

    THE HAGUE, 24 MEI – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), berkata bahawa ia akan mengeluarkan keputusan pada Sabtu ini berhubung permintaan Afrika Selatan untuk mengarahkan Israel menghentikan serangan di Gaza.

    Afrika Selatan mahu mahkamah mengarahkan Israel untuk segera menghentikan semua operasi ketenteraan di Gaza, termasuk di bandar Rafah, yang memulakan serangan darat pada 7 Mei, walaupun mendapat tentangan daripada masyarakat antarabangsa, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

    Afrika Selatan telah meminta mahkamah mendesak Israel untuk segera menarik balik pasukannya dan menghentikan serangan ketenteraan ke atas Rafah, serta segera mengambil semua langkah berkesan untuk memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza.

    Ia juga meminta mahkamah untuk mengeluarkan perintah kepada Israel supaya membenarkan pegawai PBB dan organisasi yang menyediakan bantuan kemanusiaan serta wartawan dan penyiasat, memasuki Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

    Afrika Selatan menambah bahawa Israel setakat ini telah mengabaikan dan melanggar perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini.

    Pada Januari, ICJ telah menggesa Israel untuk mengelakkan tindakan yang boleh membawa kepada genosid dan memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza. Walau bagaimanapun, tindak balas Israel telah dianggap tidak mencukupi oleh pelbagai pemerhati antarabangsa.

    Berikutan kejadian itu, Afrika Selatan memohon mahkamah untuk mengambil langkah baharu sebagai tindak balas kepada pengumuman Israel mengenai serangan yang akan dilakukan ke atas Rafah. Namun, mahkamah menolak permintaan itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

    SEOUL, 19 JUN - Agensi cuaca Korea Selatan pada hari ini mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara. Nasihat gelombang haba itu...