Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nahas di Idaho ragut 6 nyawa

    IDAHO, 24 MEI – Enam orang terbunuh apabila sebuah pikap merempuh sebuah van penumpang di Idaho pada Sabtu lalu adalah pekerja pertanian dari Mexico, kata pegawai.

    Kementerian Luar Negeri Mexico berkata dalam satu siaran berita bahawa penumpang van tersebut adalah semua pekerja pertanian dari Mexico yang berada di Amerika Syarikat (AS) dengan visa Pekerja Pertanian Sementara H-2A, lapor East Idaho News kelmarin.

    Nahas berlaku pada 18 Mei lalu apabila sebuah pikap melintasi garis tengah di Lebuh raya AS 20 dan melanggar van di Idaho Falls, menurut polis negeri Idaho.

    Pemandu van dan lima penumpang maut di tempat kejadian.

    Pegawai Daerah Bonneville, Rick Taylor mengenal pasti mangsa-mangsa sebagai Abel Mejia Martínez, 43, Pedro Manuel Alcantar Mejia, 26, Brandon Ponce Gallegos, 24, Jose Guadalupe Sanchez Medina, 20, Luis Enrique Sereno Perez, 32 dan Javier Gomez Alcantar, 36.

    Gambar fail yang dikeluarkan oleh KIFI Local News 8 menunjukkan sebuah trak pikap merempuh sebuah van penumpang di Lebuhraya AS 20 di Idaho Falls, Idaho pada 18 Mei. – AP

    Sembilan penumpang lain dalam van dan pemandu pikap telah dimasukkan ke hospital, kata polis.

    Syarikat Signet yang menggaji pekerja tersebut, sedang mengumpul derma di GoFundMe dan menyumbang AS$10,000.

    “Kami amat berduka cita dengan kehilangan enam ahli pasukan kami yang telah kehilangan nyawa mereka secara tragis dalam kemalangan kereta yang mengerikan pada 18 Mei di Idaho,” tulis penganjur.

    “Selain itu, sembilan daripada rakan sekerja kami mengalami kecederaan dan kehidupan mereka berubah selama-lamanya disebabkan peristiwa hari itu.”

    Wang yang dikumpulkan akan disumbangkan kepada mereka yang cedera dan kepada setiap keluarga mereka yang meninggal dunia, kata halaman GoFundMe. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...