Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tanah runtuh: Lebih 100 orang dikhuatiri maut

    MELBOURNE, 24 MEI – Lebih 100 orang dipercayai terbunuh hari ini dalam runtuhan tanah yang menimbus sebuah kampung di kawasan pergunungan terpencil di Papua New Guinea dan operasi kecemasan sedang dijalankan, kata ketua negara pulau Pasifik Selatan itu dan media berita.

    Runtuhan tanah dilaporkan melanda kampung Kaokalam di wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer di barat laut ibu negara, Port Moresby, kira-kira jam 3 pagi, lapor Australian Broadcasting Corp.

    Penduduk berkata anggaran jumlah kematian melebihi 100, walaupun pihak berkuasa belum mengesahkan angka itu. Penduduk kampung berkata jumlah orang yang terbunuh mungkin lebih tinggi.

    Perdana Menteri, James Marape berkata pihak berkuasa bertindak balas dan beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai kemusnahan dan kehilangan nyawa apabila ia sudah tersedia.

    “Saya masih belum diberi taklimat sepenuhnya mengenai situasi itu. Bagaimanapun, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dalam bencana runtuhan tanah pada awal pagi tadi,” kata Marape dalam satu kenyataan.

    “Kami menghantar pegawai bencana, Angkatan Pertahanan PNG dan Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya untuk… memulakan kerja bantuan, pencarian mayat dan pembinaan semula infrastruktur,” tambahnya.

    Video di media sosial menunjukkan penduduk menarik keluar mayat yang tertimbus di bawah batu dan pokok.

    Elizabeth Laruma, yang mengusahakan persatuan perniagaan wanita di Porgera, sebuah bandar di wilayah yang sama berhampiran Lombong Emas Porgera, berkata rumah-rumah diratakan apabila lereng gunung runtuh.

    Runtuhan tanah itu menyekat jalan antara Porgera dan kampung itu, katanya, menimbulkan kebimbangan mengenai bekalan bahan api dan barangan di bandar itu. – AP

    Orang ramai berkumpul di tapak tanah runtuh di Maip Mulitaka di Wilayah Enga Papua New Guinea. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...