Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    IEA gesa syarikat minyak dan gas labur kepada tenaga bersih

    PARIS, 23 NOV – Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) hari ini menyeru syarikat minyak dan gas untuk memberikan separuh daripada pelaburan mereka kepada tenaga bersih menjelang 2030, menggesa mereka untuk menghadapi ‘saat kebenaran’ pada COP28 minggu depan, persidangan perubahan iklim terbesar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang pernah diadakan.

    IEA menggesa pengeluar membuat ‘pilihan penting’ antara memburukkan krisis iklim atau membantu mengehadkan pemanasan global kepada +1.5 darjah celcius, selaras dengan Perjanjian Paris.

    “Untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang pertenga-han abad, yang diperlukan untuk memastikan matlamat mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah celcius dalam jangkauan, penggunaan minyak dan gas akan berkurang lebih daripada 75 peratus menjelang 2050,” kata IEA dalam laporan khas. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...