Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Program Let’s Donate tingkat kemahiran golongan belia

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 23 NOV – Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Persatuan Pertiwi Daerah Tutong telah menganjurkan program Let’s Donate bersempena Hari Bertindak (DOA) bertempat di bangunan jabatan berkenaan, hari ini.

    Sehubungan itu, program berkenaan telah menyaksikan penglibatan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada 20 orang sukarelawan belia dan 15 ahli jawatankuasa yang sama-sama bergotong-royong melakukan kerja-kerja memasak, pembungkusan dan pengagihan berupa lunch pack kepada 30 orang golongan sasaran di sekitar Pekan Tutong.

    Antara sukarelawan dan ahli jawatankuasa menyediakan lunch pack semasa program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BELIA DAN SUKAN CAWANGAN DAERAH TUTONG

    Program berkenaan adalah kesinambungan bagi program Let’s Bake yang bertujuan memberikan latihan kemahiran kepada golongan belia dalam membuat roti, biskut dan kek yang telah dijalankan pada dua hari sebelumnya.

    Hasil sentuhan para peserta itu turut disumbangkan semasa program Let’s Donate tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...