Monday, October 14, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikan lumba-lumba Mekong ke-3 ditemui mati dalam pukat

    PHNOM PENH, 18 OGOS – Seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy, Mekong yang jarang telah ditemui mati selepas terperangkap dalam pukat haram di timur laut Kemboja, kata Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan dalam satu kenyataan kelmarin.

    Ikan lumba-lumba betina sepan-jang 2.1 meter dan berat 108kg itu ditemui mati pada Jumaat berhampiran sekumpulan ikan lumba-lumba Kampi di daerah Preaek Prasab di wilayah Kratie, menurut siaran berita, sambil menambah haiwan itu berumur antara lapan dan 10 tahun.

    “Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan menganggap kematian ikan lumba-lumba muda ini sebagai kehilangan khazanah semula jadi yang berharga di Kemboja dan dunia,” kata siaran berita itu.

    “Kementerian menyeru nelayan untuk segera berhenti menggunakan pukat insang dan penangkapan ikan elektrik di kawasan perlindungan ikan lumba-lumba,” katanya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda