Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    imagine bandar di lokasi baharu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya, imagine Sdn Bhd telah merasmikan cawangan bandarnya di lokasi baharu yang bermatlamat untuk memudahkan pelanggannya dalam melaksa-nakan urusan mereka.

    Cawangan yang dirasmikan, hari ini, itu terletak di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di tengah-tengah ibu negara di mana ia juga mengetengahkan reka bentuk baharu yang menonjolkan lagi jenama syarikat serta menyediakan persekitaran yang segar, ceria dan mantap.

    Serupa dengan pusat-pusat imagine lain, cawangan itu juga menawarkan produk bundle dan perkhidmatan jalur lebar serta mudah alih yang disediakan khusus untuk pelanggan bagi kegunaan di rumah, di tempat kerja atau ketika berada di luar.

    Ia meliputi tawaran pek starter pra bayar imagine terbaharu dan yang termurah di Brunei serta promosi bundle mobile dan jalur lebar gaming yang sah sehingga penghujung Disember sementara stok masih ada.

    Hadir untuk menyempurnakan perasmian cawangan imagine di lokasi baharu itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju dengan disaksikan oleh pihak pengurusan kanan dan kakitangan imagine.

    Sebagai sebahagian daripada usaha seluruh negara untuk menangani cabaran COVID-19, waktu operasi sementara bagi cawangan berkenaan adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 2 petang, Jumaat dari pukul 8:30 pagi hingga 11 pagi dan Ahad dari pukul 11 pagi hingga 2 petang.

    Sebagai alternatif kepada keberadaan fizikal imagine, ia juga terus menyokong penggunaan pendigitalan menerusi laman sesawangnya serta melalui aplikasi mudah alih imagineGo.

    Dengan mengetengahkan ciri-ciri yang membawa fungsi yang sama dengan cawangan imagine, kemudahan atas talian berkenaan menyediakan kemudahan bagi pelanggan yang bukan sahaja terhad kepada pembayaran bil, perkhidmatan port-in, pemeriksaan baki data, pembelian tambah nilai dan booster serta juga langganan baharu bagi perkhidmatan jalur lebar dan mudah alih.

    Bagi pengunjung yang inginkan kaedah interaksi secara tradisional, imagine juga menyediakan kemudahan sistem beratur digital melalui aplikasi mudah alih QueBee di mana perkhidmatan itu menawarkan pelanggan peluang untuk mendapatkan nombor giliran sebelum mereka tiba di pusat pilihan masing-masing dengan matlamat untuk mengurangkan waktu menunggu.

    Dayang Suzannawati menyempurnakan perasmian cawangan bandar imagine di lo-
    kasi baharu, kelmarin.
    Dayang Suzannawati bergambar ramai dengan pihak pengurusan dan kakitangan imagine.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda